SELANGOR

Isteri Zamri Baba terharu Dr Daroyah datang ziarah

6 Mei 2018, 12:42 PM
Isteri Zamri Baba terharu Dr Daroyah datang ziarah
Isteri Zamri Baba terharu Dr Daroyah datang ziarah
Isteri Zamri Baba terharu Dr Daroyah datang ziarah

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 6 MEI: Isteri kepada Pelumba Motosikal Negara, Zamri Baba terharu apabila calon N.43 Sementa, Dr Daroyah Alwi sudi menziarahi suaminya, hari ini.

Isteri beliau, Fazlina Ahmad Fauzy, 35 berkata, beliau tidak menjangka Dr Daroyah berkunjung ke kediamannya  malah belum pernah ada mana-mana wakil rakyat hadir menziarahi suaminya sebelum ini.

"Dulu, ada juga menteri kata mahu melawat tetapi tidak datang sehingga hari ini. Terima kasih buat Dr Daroyah kerana sudi bertanya khabar.

"Ini adalah ujian Allah kepada saya yang mempunyai dua anak masih kecil. Ini bukan penghalang untuk saya meneruskan hidup dan menjaga abang (Zamri Baba)," katanya kepada SelangorKini.

Fazlina berkata, kini meniaga secara kecil-kecilan membuka warung makan demi menyara keluarga mereka.

"Sebelum ini, keluarga kami bergantung sepenuhnya pada gaji suami. Selepas kemalangan, punca pendapatan hilang dan abang (Zamri Baba) kini mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU), daripada situ sedikit bantuan diterima.

"Saya turut dibantu oleh ibu, adik-beradik dan keluarga mentua termasuk urusan menjaga suami secara bergilir-gilir sekiranya saya berniaga," katanya.

Fazlina dan anak-anaknya berumur sembilan serta lima tahun kini tinggal di kediaman ibunya di Taman Cempaka Sari.

Sementara itu, Daroyah berkata, beliau simpati dengan nasib menimpa pelumba negara itu yang pernah mengharumkan nama negara sebelum ini.

[caption id="attachment_228278" align="alignleft" width="447"] dav[/caption]

"Kita datang untuk menziarahi dan melihat keadaan Zamri selepas mengalami penderitaan akibat kemalangan tiga tahun lalu.

"Bagaimanapun, saya mendoakan semoga kesihatan Zamri pulih dengan kadar segera dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Dalam ziarah berkenaan, Daroyah sempat meluangkan masa hampir 45 minit sambil memberikan pelbagai penerangan mengenai manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Zamri Baba merupakan pelumba terkenal negara terbabit insiden ngeri pada perlumbaan pusingan dua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia, pada 7 Jun 2015.

Zamri ketika itu beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc dan merupakan pelumba terbaik negara di perlumbaan membabitkan negara Asia itu terjatuh ketika pusingan keempat serta dirempuh pelumba di belakangnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619