NASIONAL

17,852 laksana tanggungjawab mengundi awal

5 Mei 2018, 9:42 AM
17,852 laksana tanggungjawab mengundi awal

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Seramai 17,852 pegawai, anggota dan pesara polis kontijen Selangor menjalankan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, beliau berpuas hati proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berjalan lancar di di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang bermula seawal 8 pagi tadi.

"17,852 pengundi merupakan anggota serta pegawai termasuklah 603 adalah pengundi pesara pasukan keselamatan itu.

"Manakala semalam seramai 614 anggota dan pegawai di seluruh negeri mengundi sebagai pengundi pos," katanya dipetik Free Malaysia Today.

Mazlan berkata, dalam tempoh satu jam selepas pengundian awal dibuka, pihaknya dapati kira-kira enam peratus anggota dan pegawai melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619