AGENDA

PDRM terima laporan berunsur hasutan hina Sultan Selangor

2 Okt 2019, 8:38 AM
PDRM terima laporan berunsur hasutan hina Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan berhubung penulisan berunsur menghasut yang dipercayai dikeluarkan pemilik akaun Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan berkenaan telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pada 11.15 pagi semalam.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh pengiring Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas arahan baginda dan polis telah menerimanya.

"Laporan itu merujuk kepada kenyataan menghasut dikeluarkan pemilik akaun berkenaan dalam bahasa Cina sebelum ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Penutupan Kursus Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan, Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2017/2019 di Maktab PDRM, Cheras hari ini.

Sebelum ini, satu status pemilik akaun Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page yang menulis kenyataan berunsur hasutan mengajak kaum Cina melakukan bantahan terhadap Sultan Selangor tular pada Ahad lepas.

Tulisan kenyataan itu mengajak orang ramai supaya membenci Sultan Selangor susulan arahan baginda supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai dua bahasa di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan bahasa Melayu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619