SELANGOR

39 pembantu penguat kuasa sertai kursus asas parajurit muda

4 Mei 2018, 10:12 AM
39 pembantu penguat kuasa sertai kursus asas parajurit muda

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 4 MEI: Seramai 39 pembantu penguat kuasa yang mewakili pelbagai jabatan menyertai Kursus Latihan Asas Parajurit Muda Penguatkuasa Selangor Siri 1/2018.

Kursus itu bermula pada 25 Mac lalu dan majlis penutup disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya, hari ini.

Mohd Amin dalam ucapannya menasihatkan supaya anggota terbabit bertugas dengan lebih berdisiplin, berjiwa kental, tabah dan berkeyakinan apabila menjalankan tugas.

"Tugas sebagai seorang penguat kuasa di Selangor amat mencabar dan berisiko tinggi, lebih lagi apabila kita membuat tindakan perobohan atau memberikan kompaun kepada individu yang melakukan kesalahan.

"Pasti ada pihak yang bertindak agresif dan individu pastinya akan melakukan provokasi sama ada dengan kata-kata atau tindakan," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya anggota lebih bersabar dan menanganinya dengan berhemah.

Terdahulu, Mohd Amin turut melaksanakan pemeriksaan tamat latihan selain menyerahkan sijil dan lencana kepada peserta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619