SELANGOR

Kursus Latihan Asas Parajurit terap elemen Smart Partnership

4 Mei 2018, 9:48 AM
Kursus Latihan Asas Parajurit terap elemen Smart Partnership
Kursus Latihan Asas Parajurit terap elemen Smart Partnership

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 4 MEI: Kursus Latihan Asas Parajurit Muda Penguatkuasa Selangor Siri 1/2018 kini mengetengahkan konsep baru, iaitu Smart Partnership dan strategi lautan biru.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, konsep yang menerapkan elemen ketenteraan dalam modul latihan itu memberi banyak faedah kepada Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) dan Rejimen 502 Askar Wataniah dalam jangka panjang.

"Menerusinya, PULAPES dapat memberi pendedahan baru mengendalikan kursus ini selain Rejimen 502 menambah bilangan sukarelawan dalam pasukan askar wataniah yang merupakan aset penting sebagai benteng mempertahankan kedaulatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Tamat Kursus Latihan Asas Parajurit Muda Penguatkuasa Selangor Siri 1/2018, di sini.

Mohd Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan Negeri berkata, penguat kuasa yang menyertai kursus itu beruntung kerana diberi pendedahan lebih holistik dan dinamik.

"Selain diberi pengetahuan berkenaan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan, tanah dan sivil serta perintah Am, mereka ini diberi latihan yang menekankan pembentukan disiplin, asas ketenteraan, pengurusan senjata dan menembak, kawad, latihan medan dan latihan kecergasan juga pandu arah," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619