SELANGOR

Ketua Umno sertai KEADILAN, kepimpinan BN semakin teruk

2 Mei 2018, 6:58 AM
Ketua Umno sertai KEADILAN, kepimpinan BN semakin teruk
Ketua Umno sertai KEADILAN, kepimpinan BN semakin teruk
Ketua Umno sertai KEADILAN, kepimpinan BN semakin teruk

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 MEI : Ketua Cawangan Umno Sri Sarawak, Zakaria Samsudin mengumumkan keluar parti dan KEADILAN sekali gus membuktikan kepimpinan Barisan Nasional (BN) semakin kurang mendapat sokongan.

Zakaria mengakui antara faktor beliau meninggalkan BN kerana parti itu gagal membela nasib rakyat kesan daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Saya tekad meninggalkan BN kerana terkilan dan kecewa dengan kepimpinan parti itu yang semakin lari daripada asas perjuangan membela dan menjaga kebajikan rakyat.

"Saya sebagai peniaga kecil-kecilan di Klang juga terasa beban ekonomi sehingga menyebabkan harga barangan meningkat," katanya.

Beliau berkata pada Sidang Media Khas di bilik Gerakan Utama Harapan Dun Sungai Kandis, di sini, sebentar tadi.

Zakaria berkata, kepimpinan BN yang ada kini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kepimpinan terdahulu yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

Pada masa sama, beliau mengakui penyertaannya ke dalam KEADILAN Dun Sungai Kandis itu turut memberi signifikan dan tamparan hebat kepada Umno cawangan berkenaan.

"Saya tekad tinggalkan Umno untuk reformasi dan merasai denyut nadi rakyat bagi perubahan ekonomi daripada kepimpinan kerajaan BN kepada Pakatan Harapan (PAKATAN).

"Saya melihat manifesto BN hanya retorik di atas kertas, sebaliknya pentadbiran kerajaan PAKATAN di Selangor lebih telus dan bijak untuk masa depan rakyat," katanya.

Sementara itu, Calon N.49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei berkata, walaupun keputusan Zakaria sebagai ketua hanya di peringkat cawangan, namun beliau yakin BN akan tetap terkesan dengan tindakannya itu.

"Saya selaku wakil KEADILAN mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu turut serta dan berjuang bersama-sama KEADILAN," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619