SELANGOR

Adil dan Ihsan menjadi dasar Kerajaan Selangor

2 Mei 2018, 2:00 AM
Adil dan Ihsan menjadi dasar Kerajaan Selangor
Adil dan Ihsan menjadi dasar Kerajaan Selangor
Adil dan Ihsan menjadi dasar Kerajaan Selangor

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 2 MEI: Menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk melaksanakan dan mengamalkan prinsip keadilan dan berbuat ihsan selaras ajaran Islam dalam kitab suci Al-Quran.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dua perkara itu diamalkan beliau dan pentadbirannya apabila diangkat memegang jawatan nombor satu di negeri terbabit.

"Apabila saya diberi amanah menjadi Menteri Besar, saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam mengikuti ajaran Al-Quran iaitu apabila diberikan amanah, berbuatlah dua perkara ini iaitu adil dan ihsan.

"Ini yang saya terapkan dalam dasar Kerajaan Negeri. Saya bukan seperti di sebelah sana, cuma adil pada diri sendiri dan isteri sebab itu mereka kaya, tetapi rakyat susah," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 10,000 rakyat di program Jelajah Harapan Rakyat di Taman Sri Andalas, di sini.

Hadir sama Presiden Amanah yang juga calon Parlimen Kota Raja (P111) Mohamad Sabu dan calon KEADILAN DUN Sungai Kandis (N49), Shuhaimi Shafiei.

Turut hadir calon KEADILAN DUN Sentosa (N48), Dr G Gunaraj dan calon DUN Kota Kemuning (N50), V Ganabatirau.

Mohamed Azmin berkata sebagai Kerajaan Negeri yang prihatin, beliau memastikan semua kaum menerima hak sama rata menerusi pelbagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang hampir 10 tahun dilaksanakan.

"Kerajaan kalau nak kutip cukai boleh. Tetapi saya laksanakan lagi pengecualian cukai taksiran dan fi lesen iaitu hampir RM300 juta kerajaan rugi selama empat tahun ini.

"Namun, lagi banyak saya bagi, lagi banyak Allah SWT turunkan rezeki. Sekarang kita mempunyai rizab sebanyak RM4 bilion. Bukan Rupiah. Apabila banyak wang, kita beri semula kepada rakyat," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619