EKONOMI

Selangor tumpuan khas rancangan separuh penggal RMK-11

9 Nov 2018, 10:04 AM
Selangor tumpuan khas rancangan separuh penggal RMK-11
Selangor tumpuan khas rancangan separuh penggal RMK-11

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 9 NOV: Selangor akan menjadi tumpuan khas Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Separuh Penggal Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana Selangor menjadi penyumbang terbesar bagi ekonomi negara.

"Maka, peruntukan pembangunan Selangor akan dinaikkan daripada RM2.1 bilion kepada RM2.55 bilion pada 2019, sekali gus memperlihatkan penambahan sebanyak RM400 juta.

"Saya berharap melalui pertambahan peruntukan ini, maka Kerajaan Selangor akan memberi perhatian keutamaan kepada projek yang boleh mencipta nilai ekonomi," katanya dalam ucapan Taklimat Pembangunan Selangor Anjung Utara dan Minum Petang, di Pekan Kuala Selangor, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, enam negeri lain yang turut diberi tumpuan khas termasuk Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

"Dalam masa terdekat, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan turun ke Selangor dan melihat serta menjayakan program pembangunan, di negeri ini," katanya.

Turut hadir Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Azmie Diron dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Soffan Affendi Aminudin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619