SELANGOR

DUN Sementa mahu hidup kembali era permainan tradisional

1 Mei 2018, 3:28 AM
DUN Sementa mahu hidup kembali era permainan tradisional
DUN Sementa mahu hidup kembali era permainan tradisional

OLEH SHEEDA FATHIL

BUKIT KAPAR, 1 MEI: Calon N.43 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi mahu era permainan tradisional dihidupkan kembali supaya tak lupus dek zaman.

Beliau berkata, permainan tradisional seharusnya diangkat kembali supaya generasi baru dapat mempraktikkan pada masa akan datang.

"Antara permainan tradisional yang akan kita hidupkan seperti gasing pangkah dan layang-layang serta jadikan ia sebagai salah satu aktiviti tradisi Selangor.

"Saya bangga apabila kampung saya sendiri iaitu Bukit Kapar masih mengetengahkan permainan tradisi sebegini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Pertandingan Gasing Pangkah Kampung Bukit Kapar, di sini, semalam.

Dr Daroyah berkata, permainan tradisional gasing pangkah itu juga akan diangkat sebagai salah satu acara tahunan kalendar negeri Selangor pada masa akan datang.

"Sebenarnya jika kita lihat sambutan terhadap permainan gasing pangkah ini masih mendapat tempat dalam hati sesetengah peminatnya cuma mungkin promosi tidak menonjol kepada rakyat.

"Oleh itu, inilah masanya untuk kita hidupkan dan bongkar kembali tradisi permainan itu kepada umum," katanya.

Terdahulu, Dr Daroyah yang juga calon N.43 DUN Sementa bertanding empat penjuru dengan pencabarnya iaitu Datuk Saroni Judi daripada Barisan Nasional (BN), Wan Hasrina Wan Hassan (PAS), Gandhi Nagamuthu Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Namun, sebelum ini, pada PRU13 Daroyah merupakan penyandang kerusi DUN Sementa menang dengan majoriti undi 7,846.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619