SELANGOR

Masih ada pengundi yang keliru - Haniza

30 Apr 2018, 7:16 AM
Masih ada pengundi yang keliru - Haniza
Masih ada pengundi yang keliru - Haniza

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 30 APR: Masih ada pengundi keliru dengan ketiadaan PAS dalam barisan Pakatan Harapan (PAKATAN), demikian menurut Calon N20, Lembah Jaya, Haniza Talha.

Katanya, oleh itu tugas utama calon PAKATAN adalah menyelesaikan kekeliruan berkenaan sebelum meminta pengundi memilih calon yang perlu 'dipangkah'.

"Ketika saya turun padang bertemu pengundi, memang masih ada pengundi yang keliru dan bertanya soalan kepada jentera kami, lebih-lebih lagi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya adalah PAS yang berjaya memenangi kerusi berkenaan ketika masih bersama PAKATAN.

"Rata-rata pengundi juga mengakui masih mahukan PAKATAN kerana kerajaan ditadbir Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menyediakan pelbagai kemudahan buat rakyat," katanya kepada SelangorKini.

Haniza berkata, beliau juga seringkali menjelaskan dirinya bakal bertanding tiga penjuru kepada pengundi sekitar Lembah Jaya.

"Kali ini saya bertemu dengan penyandang, Khazim Abdul Aziz (PAS), Muhamad Nizam Shith (BN) dan Norizam Mohamad (PRM), saya perlu jelaskan pada pengundi bahawa PAKATAN bertemu tiga penjuru.

"Begitu juga penggunaan bendera KEADILAN sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kali ini telahpun diseragamkan untuk semua parti dalam PAKATAN," katanya.

Haniza mengakui ketiadaan PAS dalam PAKATAN tidak menjadi masalah besar berikutan barisan PAKATAN kini terdiri daripada pemimpin berkaliber dan mampu mentadbir negeri dengan baik.

"Kita sudah pegang Selangor 10 tahun dan pelbagai kemudahan rakyat terima, jadi saya yakin tidak mungkin rakyat mahu parti yang lain, mereka hanya 'pilih biru yang lebih muda'," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619