SELANGOR

Shuhaimi santuni penduduk Sri Andalas

30 Apr 2018, 5:33 AM
Shuhaimi santuni penduduk Sri Andalas

OLEH HAZIQ ISMAIL

KLANG, 30 APR: Calon KEADILAN Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei memulakan program hari ini dengan membuat tinjauan dan mengedarkan risalah kepada penduduk, di sekitar Sri Andalas, di sini.

Kawasan pertama yang dilawat Shuhaimi adalah gerai Majlis Perbandaran Klang untuk bersarapan dan bertemu kira-kira 150 penduduk, di kawasan itu.

Beliau turut duduk semeja bersama penduduk dan memberikan pandangan berkenaan suasana politik.

"Kebanyakan yang saya temui nampaknya memahami dan memberi sokongan padu kepada usaha Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor," katanya.

Pada masa sama, Shuhaimi turut melawat Gerai Nasi Lemak Haji Ismail dan beramah mesra dengan 100 pengundi serta penduduk, di kawasan berkenaan.

"Secara keseluruhan, hari ini tumpuan saya sekitar Taman Sri Andalas dan selepas ini akan ke kawasan lain untuk berjumpa dengan pengundi memohon memberikan mandat kepada wakil PAKATAN," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619