SELANGOR

Terkejut terima Kad KISS depan rumah

30 Apr 2018, 5:20 AM
Terkejut terima Kad KISS depan rumah
Terkejut terima Kad KISS depan rumah
Terkejut terima Kad KISS depan rumah

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 30 APR: Seorang suri rumah terkejut apabila menerima Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di depan pintu rumahnya.

Beliau, Nordiana Shahril, 35 berkata, beliau lebih terharu kerana bakal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Lembah Jaya sendiri yang turun padang menyerahkan kad tersebut.

"Memang saya tidak sangka wakil Pakatan Harapan (PAKATAN) yang datang, lagipun saya amat berharap menerima Kad KISS, ibarat bulan jatuh ke riba.

"Terima kasih Kerajaan Selangor kerana ingat pada suri rumah seperti saya, dapatlah kami sekeluarga menggunakan bantuan diberi ini untuk bekalan makanan keluarga pada bulan ini," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Nordiana dikunjungi calon N20 Lembah Jaya, Haniza Talha bagi penyerahan Kad KISS kepada penduduk Taman Sri Raya.

Selain Nordiana, sembilan lagi penerima yang turut menerima kad sama.

Haniza berkata, KISS jauh lebih bermanfaat berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Jelasnya, KISS memberi bantuan bulanan berjumlah RM200 sebulan kepada penerimanya dalam tempoh setahun.

"Bermaksud dalam tempoh setahun ia berjumlah RM2,400, jelas ia lebih banyak berbanding pemberian BR1M. KISS memfokuskan kepada bantuan barangan keperluan harian buat keluarga kurang mampu di Selangor.

"Misi kami ialah tiada keluarga berlapar dalam dunia serba maju sekarang, dengan adanya bekalan makanan yang baik kepada keluarga ia sekali gus membuatkan mereka lebih baik dan sihat," katanya.

Melalui Belanjawan 2018, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan program KISS dengan pemberian RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan yang akan memberi manfaat kepada 30,000 penerima.

KISS dikhususkan kepada wanita berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah yang melayakkan mereka mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung, peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di pasar raya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619