SELANGOR

Rungkai lambakan warga asing antara fokus Haniza

30 Apr 2018, 5:09 AM
Rungkai lambakan warga asing antara fokus Haniza
Rungkai lambakan warga asing antara fokus Haniza

OLEH NADIAH ZAMLUS

AMPANG, 30 APR: Isu lambakan warga asing antara fokus utama calon N20, Haniza Talha sekiranya diberi mandat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kali ini.

Haniza yang juga penyandang kerusi DUN Taman Medan itu berkata, pertambahan warga asing di kawasan pasar malam dan juga penempatan penduduk amat merunsingkan.

Katanya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana dibimbangi menimbulkan masalah kelak.

"Sepanjang dua hari berkempen, saya ke pasar malam sekitar Lembah Jaya, bayangkan warganegara kita berniaga di pasar malam tapi warga asing menjalankan perniagaan di kedai, tidakkah ia aneh.

"Siapa yang beri mereka kebenaran berniaga?, sekiranya KEADILAN diberi mandat di Parlimen Ampang, saya bersama Ahli Parlimen akan membawa isu ini ke Sidang Dewan kerana ia adalah masalah nasional," katanya ketika ditemui SelangorKini.

Beliau ditemui ketika menyantuni penduduk Taman Sri Rakyat pagi tadi bersama jentera KEADILAN.

Haniza yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN berkata, beliau juga berazam memulihkan keceriaan rumah pangsa sekitar Lembah Jaya.

Katanya, penduduk boleh menggunakan Skim Ceria yang disediakan Kerajaan Negeri untuk mengecat semula bangunan usang.

"Lembah Jaya dipenuhi dengan rumah pangsa, kalau dibiarkan saja ia usang sudah tentu kita biarkan penduduk tinggal dalam suasana kurang sihat.

"Jadi saya berazam menceriakan semula rumah pangsa di sini sekiranya mendapat mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) Lembah Jaya," katanya.

Haniza bakal berdepan calon lain iaitu penyandang, Khazim Abdul Aziz (PAS), Muhamad Nizam Shith (BN) dan Norizam Mohamad (PRM).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619