SELANGOR

Apa guna calon tempatan tetapi tiada sumbangan

30 Apr 2018, 2:48 AM
Apa guna calon tempatan tetapi tiada sumbangan
Apa guna calon tempatan tetapi tiada sumbangan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 APR: Calon KEADILAN Sungai Kandis (N49) tidak gentar berdepan lawannya daripada Barisan Nasional (BN) yang merupakan anak tempatan kawasan itu.

Shuhaimi Shafiei berkata, hal itu berdasarkan rekod cemerlang yang dipegang selama 10 tahun sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda sebelum ini.

"Apa guna kalau calon anak tempatan tetapi tidak pernah buat apa-apa.

"Duduk di kampung yang sama, tetapi tidak buat apa-apa. Kalau lihat kampung, lesu," katanya ketika program minum petang bersama jentera dan penduduk Kampung Sungai Kandis, di sini.

Shuhaimi berkata, walaupun kawasan itu baru baginya, namun sejarah sejak 2009 membuktikan saluran mengundi di kampung itu memihak kepada PAKATAN.

"Sebab itu saya tidak takut, walaupun beliau dari kampung ini. Saya bukan mahu mendabik dada tetapi 10 tahun Sri Muda bersama saya, banyak yang dilakukan," katanya.

Menyoroti tanggungjawabnya, Shuhaimi memaklumkan enam masjid sudah dan sedang dalam pembinaan.

Antaranya membabitkan masjid di Johan Setia yang tidak dibina BN sejak 28 tahun, siap di bawah PAKATAN, pada 2012.

"Begitu juga masjid di Taman Sri Muda, Masjid Abu Bakar, masjid di Putra Height dan Kota Kemuning, An Naim di Jalan Kebun serta Al Bakti di Bukit Naga.

"Saya juga bantu (pembinaan) masjid di kawasan lain seperti masjid di Dato' Dagang, yang dahulunya di bawah ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619