SELANGOR

Politik tidak halang penduduk Flat PKNS muafakat

24 Apr 2018, 2:26 AM
Politik tidak halang penduduk Flat PKNS muafakat
Politik tidak halang penduduk Flat PKNS muafakat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 APR: Perbezaan ideologi politik tidak menghalang penduduk Flat PKNS Seksyen 19, di sini, untuk hidup bersatu padu dan menjalin hubungan erat sesama mereka.

Penduduk Blok 8, Zalimi Zakaria, 33, berkata semangat muafakat yang terjalin sejak sekian lama dalam kalangan penduduk adalah kunci utama terbentuknya perpaduan.

"Walaupun dalam kalangan kami ada pelbagai fahaman politik tetapi semangat kejiranan tetap diutamakan.

"Apabila diadakan program seperti gotong-royong misalnya, semua turun membantu tidak kira daripada parti apa sekalipun," katanya kepada SelangorKini.

Suri rumah, Amira Zaiti Mohd Noor, 28, berkata menghormati hak mana-mana individu untuk menyokong parti pilihan masing-masing sudah menjadi amalan penduduk, di sini.

"Kami tidak kisah parti mana orang itu sokong tetapi apa yang penting jangan timbulkan provokasi dan jaga hati jiran.

"Apabila persatuan mengadakan program, semua pihak dijemput hadir tanpa mengambil kira parti apa," katanya.

Sementara itu, Sarimah Mohd Noor, 30, berkata semangat muafakat dalam kalangan penduduk mengatasi perbezaan politik membolehkan mereka hidup harmoni.

"Jika ada masalah, kita selesaikan bersama dan yang penting saling menghormati," katanya.

Terdahulu, Persatuan Komuniti 19/3 dan KRT 19/3 menyambut kedatangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menggantung pemidang bertulis 'tak kira apa pun fahaman politik, jangan sampai tak bertegur sapa dan saling bermusuhan. Kita semua satu komuniti, kekalkan muafakat. Ini negara demokrasi.'

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619