BERITA UTAMA

KEADILAN umum calon bertanding di Selangor

23 Apr 2018, 5:06 PM
KEADILAN umum calon bertanding di Selangor
KEADILAN umum calon bertanding di Selangor

KUALA SELANGOR, 24 APR: Jelajah Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor menyaksikan KEADILAN mengumumkan senarai calon yang akan bertanding mewakili parti itu, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diumumkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di Stadium Kuala Selangor, di sini, malam tadi.

Senarai berkenaan menyaksikan Timbalan Presiden KEADILAN yang juga Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali kekal di dua kerusi yang ditandinginya sebelum ini, iaitu Gombak (Parlimen) dan Bukit Antarabangsa (DUN).

Sementara Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin kekal di Ampang, manakala bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah diletakkan di kerusi Parlimen Petaling Jaya.

KEADILAN turut menampilkan beberapa muka baru, antaranya Hilman Idham yang juga pegawai khas kepada Dato' Menteri Besar untuk bertanding di DUN Gombak Setia.

Berikut adalah senarai penuh calon KEADILAN Selangor:

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619