SELANGOR

Pembangunan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun terus diberi perhatian

17 Apr 2018, 5:12 AM
Pembangunan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun terus diberi perhatian

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 APR: Pembangunan Kampung Baru, Bagan dan Tersusun terus diberi perhatian dalam usaha meningkatkan kemudahan asas bagi keselesaan penduduk terbabit.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, sejak 10 tahun PAKATAN memerintah, lebih 2,000 hak milikan tanah berjaya diserahkan kepada penduduk.

Katanya, walaupun penduduk kampung itu didominasi satu kaum sahaja, kerajaan tetap prihatin kepada sebarang bentuk keperluan.

"Sejak 10 tahun lalu, pelbagai kemudahan infrastruktur asas disediakan Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM5 juta khusus bagi menaiktaraf insfrastruktur di kampung-kampung ini.

"Kita mengangkat martabat kampung-kampung ini, berbeza dengan pentadbiran terdahulu," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Membina Kehidupan Baru, cerita Kampung Tersusun di Selangor.

Pada masa sama, Hian Wah berkata Kerajaan Negeri memberi jaminan akan terus membantu meningkatkan kemudahan asas dan keperluan penduduk di kampung itu.

Katanya, Kerajaan Negeri juga mewujudkan pentadbiran yang erat bersama penduduk setempat.

Terdahulu, Kerajaan Negeri turut melancarkan Smart Desa Selangor yang diyakini memberdaya masyarakat luar bandar terus berada dalam arus perdana pembangunan serta menikmati kemudahan dan mutu kehidupan setara kehidupan moden masyarakat bandar.

PLANMalaysia@Selangor berjaya menghasilkan Pelan Halatuju Strategik Desa Selangor 2035, iaitu dokumen perancangan spatial berhubung perancangan dan cadangan pembangunan desa.

Ia membabitkan 519 kampung kampung tradisi, kampung tersusun, kampung baru, kampung bagan dan kampung orang asli.

Ia adalah penegasan terhadap usaha menjana sumber pendapatan secara strategik, melaksanakan pembangunan berkualiti serta menyantuni rakyat melalui Inisiatif Peduli Rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619