GLOBAL

Liga Arab desak siasat penggunaan senjata kimia di Syria

16 Apr 2018, 3:15 AM
Liga Arab desak siasat penggunaan senjata kimia di Syria

GLOBAL 16 APR: Pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak Liga Arab, semalam menggesa siasatan antarabangsa dilakukan ke atas penggunaan senjata kimia di Syria.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia juga mengutuk apa yang dilihat sebagai campur tangan Iran dalam hal ehwal negara lain.

Arab Saudi dan Iran sudah lama terbabit dalam permusuhan dan kini berperanan sebagai proksi perang di beberapa negara termasuk Yaman dan Syria.

"Kami menekankan kecaman ke atas penggunaan senjata kimia terhadap penduduk Syria dan menuntut siasatan antarabangsa bebas untuk menjamin pelaksanaan undang-undang antarabangsa terhadap sesiapa terbukti menggunakan senjata kimia," menurut kenyataan yang diedarkan kepada wartawan.

Ia menegaskan keperluan penyelesaian politik kepada perang di Syria.

Arab Saudi dan sekutunya menyatakan sokongan kepada serangan peluru berpandu oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis kelmarin terhadap kemudahan senjata kimia di Syria, manakala Iraq dan Lubnan mengutuk operasi itu.

Damsyik menafikan ia menggunakan atau memiliki senjata kimia dan menyifatkan serangan sebagai tindakan pencerobohan.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619