SELANGOR

RM230,000 bina gelanggang bola keranjang berbumbung

14 Apr 2018, 6:16 AM
RM230,000 bina gelanggang bola keranjang berbumbung
RM230,000 bina gelanggang bola keranjang berbumbung

OLEH SABIRAH AZIZ

SUNGAI BULOH, 14 APR: Sejumlah RM230,000 diperuntukkan bagi membina gelanggang bola keranjang di Kampung Desa Aman.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, gelanggang itu siap dibina pada tahun lepas dan kini sudah digunakan oleh penduduk khususnya remaja untuk berlatih bermain bola keranjang.

"Selain itu, gelanggang ini juga dapat memberi manfaat kepada semua penduduk di kawasan ini untuk membuat sebarang majlis atau pelbagai aktiviti lain.

"Saya harap inisiatif ini memberi manfaat kepada semua penduduk tempatan," katanya.

Gelanggang itu dirasmikan oleh Ean Yong bersama Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.

Sebelum ini, difahamkan sudah ada lebih 30 gelanggang berbumbung telah dibina di Selangor.

 

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619