NASIONAL

Kerajaan umum 9 Mei hari kelepasan am tambahan

11 Apr 2018, 9:36 AM
Kerajaan umum 9 Mei hari kelepasan am tambahan

OLEH HAFIZAN TAIB

PUTRAJAYA, 11 APR: Kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena hari mengundi dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat Perdana Menteri memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan pengumuman hari pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jatuh pada hari bekerja.

"Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak hendaklah mengisytiharkan hari berkaitan sebagai hari kelepasan am tambahan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619