NASIONAL

Akta berita palsu bebankan pengamal media?

26 Apr 2018, 2:45 AM
Akta berita palsu bebankan pengamal media?
Akta berita palsu bebankan pengamal media?

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 25 APRIL: Akta Antiberita Tidak Benar disifatkan sebagai satu beban buat pengamal media kerana ia akan menjadi satu alat menutup sesuatu maklumat yang benar dari disebarkan, kata Penyampai Astro Awani, Nadzli Kahar.

Katanya, undang-undang ini lebih kepada isu politik kerana ia dilihat mengongkong petugas media untuk bebas membuat liputan saksama, adil dan benar kepada masyarakat menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

"Akta ini lebih kepada menahan maklumat berkaitan yang perlu diberitahu kepada rakyat, ia dijadikan undang-undang supaya masyarakat tidak berkongsi dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain,

"Akta ini juga membuatkan pengamal media tidak diajak berunding dan industri media tidak dipanggil pihak berkaitan untuk berbincang mengenai undang-undang ini, jadi apa yang kami faham tentang 'fake news' ini memang tiada," katanya di Forum Demokrasi PRU14: Siapa Pilihan Rakyat Malaysia, semalam.

Forum dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) dan Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) itu bertempat di Universiti Selangor (UNISEL) bagi membincangkan siapa pilihan rakyat Malaysia menjelang PRU14.

Turut hadir sebagai ahli panel, Setiausaha Pakatan Harapan, Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan, Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman dan Pengerusi Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi IDE, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619