NASIONAL

Keajaiban Mykad kod 10

9 Apr 2018, 8:04 AM
Keajaiban Mykad kod 10

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 9 APR: Kad pengenalan atau Mykad dengan kod negeri '10' di tengahnya mempunyai keajaiban tersendiri kerana memberi kelebihan kepada pemegangnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, hal itu kerana pemegang Mykad dengan kod berkenaan adalah anak kelahiran Selangor, sekali gus melayakkan mereka memohon pelbagai program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Malah katanya, perkara itu menjadi kemegahan dan gurauan penduduk Lembah Pantai yang memegang Mykad dengan kod 10.

"Jika di Lembah Pantai, pemegang Mykad 10 menjadi satu kebanggaan kerana mereka kata ia ajaib.

"Walaupun Lembah Pantai berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi sebenarnya ramai juga pemegang Mykad 10," katanya pada program Ceramah Perdana Pakatan Harapan (Pakatan), di tapak pasar malam Paya Jaras Tengah di sini, malam tadi.

Katanya, keadaan itu menyebabkan rakyat negeri lain mencemburui kelebihan diperolehi rakyat Selangor.

Bagaimanapun katanya, rakyat seluruh negara boleh menikmati faedah sama jika Pakatan Harapan (Pakatan) menang di peringkat Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619