NASIONAL

Pembubaran tak mengejutkan, Bukit Lanjan bersedia awal

6 Apr 2018, 7:50 AM
Pembubaran tak mengejutkan, Bukit Lanjan bersedia awal
Pembubaran tak mengejutkan, Bukit Lanjan bersedia awal

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 APR: Pengumuman pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa esok seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukanlah sesuatu mengejutkan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata, pihak beliau sudah melakukan persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Di Bukit Lanjan, kita sudah siap sedia sejak Februari lagi dan bilik gerakan kita juga antara yang paling awal dirasmikan oleh Dato Seri' Mohamed Azmin Ali.

"Kita tidak sabar dan mudah-mudahan pada PRU-14 nanti rakyat akan beri sokongan kepada Pakatan Harapan (PAKATAN)," katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelas Exco Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu, pengumuman pembubaran itu juga sudah dijangka ekoran penggal ke-13 semakin hampir ke penghujung.

Terdahulu, dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, Najib mengumumkan Parlimen bagi Penggal Ke-13 dibubarkan esok selepas beliau mendapat perkenan Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Muhammad V.

Sementara itu, di Selangor, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin dalam Istiadat Pembubaran Dewan Negeri Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619