SELANGOR

MDSB akui aduan sampah haram berkurang

6 Apr 2018, 3:57 AM
MDSB akui aduan sampah haram berkurang
MDSB akui aduan sampah haram berkurang

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 6 APR: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengakui aduan isu longgokan sampah haram berkurangan apabila perkhidmatan kutipan sampah di kampung tradisi dilaksanakan sejak Disember tahun lalu.

Penolong Pegawai Komunikasi Korporatnya, Noraini Ahmad berkata, pada tahun ini sahaja, hanya dua aduan berhubung sampah haram di kawasan itu dibuat.

Katanya, MDSB menyediakan lebih 100 tong sampah di kampung tradisi melibatkan empat kawasan dengan pecahan tujuh zon bagi kemudahan penduduk membuang sampah.

"Empat kawasan itu adalah di Sekinchan, Sungai Besar, Sabak dan Sungai Air Tawar.

"Perkhidmatan kutipan sampah domestik di semua kawasan itu pula dilaksanakan setiap hari.

"Bagaimanapun, kutipan sampah pukal, kebun dan perabot pula dilaksanakan seminggu sekali iaitu empat kali sebulan," katanya.

Noraini memaklumkan, pelaksanaan kutipan itu adalah selaras dengan arahan Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat menguruskan perkhidmatan kutipan sampah di semua kawasan PBT, termasuk di kampung tradisi mengikut garis panduan ditetapkan.

"Secara tidak langsung dapat mengurangkan aduan sampah haram di kampung tradisi, selain meningkatkan tahap kualiti kehidupan di luar bandar dengan pengurusan sisa pepejal yang baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619