NASIONAL

DAP setuju guna logo bersama pada PRU-14

5 Apr 2018, 7:14 AM
DAP setuju guna logo bersama pada PRU-14

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 5 APR: DAP bersetuju menggunakan satu logo yang dipersetujui bersama parti di dalam Pakatan Harapan (PAKATAN), pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penggunaan logo bersama itu akan diumumkan Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Johor Bahru, esok.

"Ini bukanlah keputusan mudah untuk DAP tetapi untuk kebaikan bersama PAKATAN, DAP bersetuju menggunakan satu logo bersama yang akan diumumkan Tun Dr Mahathir nanti," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun penggunaan logo bersama itu tidak melibatkan di Sabah dan Sarawak.

Katanya, penggunaan logo parti masing-masing di Sabah dan Sarawak disebabkan keistimewaan kuasa autonomi yang dimilik Sabah dan Sarawak.

PAKATAN merupakan satu konsesus empat parti utama Semenanjung Malaysia iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sementara di Sabah, PAKATAN turut dianggotai Parti Warisan Sabah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619