NASIONAL

YDP Dewan Rakyat sedia hadapi kemungkinan blok kiri menang PRU

5 Apr 2018, 7:05 AM
YDP Dewan Rakyat sedia hadapi kemungkinan blok kiri menang PRU
YDP Dewan Rakyat sedia hadapi kemungkinan blok kiri menang PRU

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 5 APR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Seri Panglima Pandikar Amin Mulia bersedia berhadapan kemungkinan berlakunya pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Beliau berkata, beliau pasti tidak akan dipilih semula sebagai Yang Dipertuan Dewan Rakyat sekirnya pertukaran kerajaan berlaku.

"Saya sendiri juga sudah bersedia menghadapi kekecewaan sekiranya tidak dicalonkan sebagai Dipertua Dewan Rakyat selepas PRU-14 nanti.

"Manalah tahu, pihak yang menang nanti adalah pihak di sebelah kiri pula," katanya ketika menyampaikan ucapan penutupan Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Kata-katanya itu disambut dengan sorakan Ahli Parlimen yang menghadiri persidangan terakhir itu.

Pandikar Amin turut menasihati supaya Ahli Parlimen lain juga jangan kecewa sekiranya tidak dicalonkan parti masing-masing pada PRU-14 nanti.

Jelasnya, sebagai ahli politik, mereka perlu menerima keputusan itu sebagai asam garam dalam politik.

Katanya, Persidangan Parlimen Ke-13 Malaysia yang bermula pada 24 Jun 2013 itu turut melalui pelbagai cabaran dan pengalaman pahit dan manis.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat kerana memberikan idea dan sumbangan sepanjang persidangan berlangsung," katanya lagi.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini merupakan persidangan terakhir sebelum pembubaran parlimen yang dijangka berlaku esok.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619