SELANGOR

Akses teknologi mampan, jaminan keselamatan Jambatan Batu Arang Rawang

4 Apr 2018, 9:53 AM
Akses teknologi mampan, jaminan keselamatan Jambatan Batu Arang Rawang
Akses teknologi mampan, jaminan keselamatan Jambatan Batu Arang Rawang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

RAWANG, 4 APR: Pembangunan Projek Jambatan di atas Lebuhraya Utara Selatan Batu Arang mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini dan bersistematik.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Dato' Ir Ruslan Abdul Aziz berkata, ia dilengkapi teknik penstrukturan tebing dan tembok penahan yang menjamin kestabilan projek berkenaan.

"Tembok penahan dan sistem perparitan turut melengkapi projek pembangunan ini, termasuklah skop pelebaran jalan dan pembinaan jambatan baru sepanjang 67 meter menerusi penambahan dua laluan baru," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Projek Jambatan di atas Lebuhraya Utara Selatan di Jalan Batu Arang, Batang Berjuntai.

Difahamkan, projek yang menelan belanja sebanyak RM42 juta itu turut merangkumi pembinaan jambatan baru untuk tambahan dua lorong.

Selain itu, pembangunan turut tertumpu kepada kerja-kerja penaiktarafan jalan jambatan di sepanjang laluan 1.25 kilometer daripada dua lorong kepada empat lorong.

Terdahulu, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin turut turun padang merasmikan Majlis Pecah Tanah sebagai simbolik pembangunan projek berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, projek berkenaan bakal memberi manfaat kepada lebih 100,000 warga Rawang yang telah lama menantikan jajaran jalan baru sejak tempoh 30 tahun lalu.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619