SELANGOR

Sebaran syarat palsu, cubaan sabotaj KISS

30 Mac 2018, 4:01 AM
Sebaran syarat palsu, cubaan sabotaj KISS
Sebaran syarat palsu, cubaan sabotaj KISS

OLEH NAZLI IBRAHIM

KOTA DAMANSARA, 30 MAC: Satu sebaran bermotifkan politik bertujuan mensabotaj program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dikesan berlegar menerusi applikasi whatsapp sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Mohd Radzlan Jalaluddin, berkata sebaran palsu itu mengandungi senarai syarat palsu yang kononnya dikenakan Kerajaan Negeri bagi permohonan KISS.

"Jangan percaya khabar angin atau mesej yang tidak betul di mana kita dapati ada beberapa percubaan sabotaj, kononnya penerima zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tak layak dan paling jahat sekali menyebarkan kononnya ahli parti politik tertentu sahaja yang layak, ini suatu fitnah yang besar.

"Kita dapat tahu perkara ini apabila banyak disebarkan melalui whatsapp. Saya juga jumpa seorang ibu dan memaklumkan dia tidak boleh memohon kerana dia seorang penerima zakat," katanya.

Jelasnya, Kerajaan Negeri mengamalkan dasar buta warna politik, agama dan bangsa dalam menjalankan program Kerajaan Negeri supaya semua lapisan masyarakat memperolehi manfaat disediakan.

Katanya, selain applikasi whatsapp, beliau turut menerima satu klip video dilakonkan individu tidak dikenali berlegar di media sosial facebook kononnya hanya ahli parti politik tertentu sahaja boleh memohon KISS.

"Ini memang bermotifkan politik, kononnya Kerajaan Negeri hanya menjaga ahli parti tertentu sahaja sedangkan Dato' Menteri Besar menjaga semua tanpa mengira parti sebab pertimbangan kita adalah rakyat," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619