SELANGOR

Kedai runcit Wak Adon ada KISS

29 Mac 2018, 2:36 AM
Kedai runcit Wak Adon ada KISS
Kedai runcit Wak Adon ada KISS
Kedai runcit Wak Adon ada KISS

OLEH SABIRAH AZIZ

PELABUHAN KLANG, 29 MAC: Kedai runcit Wak Adon yang terletak di Kampung Perajurit, Telok Gong terpilih menjadi sebahagian daripada kedai panel program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

Kedai itu yang menjual pelbagai barangan keperluan asas, basah dan kering, turut menawarkan khidmat penghantaran kepada penerima KISS.

Pemiliknya, Mohd Ahadon Samlan, rasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama menjadi sebahagian dari KISS.

"Saya harap kedai ini dapat membantu ibu-ibu di kawasan ini yang mempunyai kad KISS supaya membeli keperluan harian dan asas dengan mudah.

"Saya juga berhasrat untuk membeli bekalan barangan keperluan asas ini terus daripada pembekal," katanya.

Kedai itu dirasmikan oleh Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Dr Daroyah berkata, kad KISS adalah salah satu cara pelaksanaan Smart Selangor.

"Penggunaannya yang dibuat tanpa tunai dapat menguruskan pembelian barangan keperluan dengan lebih mudah.

"Ia diberikan kepada para ibu yang nempunyai keluarga berpendapatan rendah supaya dapat memberikan makanan yang cukup, bernutrisi dan berkhasiat kepada anak-anak.

"Semoga kedai ini dapat membantu para ibu membeli barangan keperluan harian mereka," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619