SELANGOR

Tapak baru SJKC Kota Kemuning, manfaat 1,000 pelajar Cina

26 Mac 2018, 2:40 AM
Tapak baru SJKC Kota Kemuning, manfaat 1,000 pelajar Cina

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 MAC: Pentadbiran negeri berjaya menyediakan sebuah tapak baru bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Kota Kemuning.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, sekolah berkenaan dipindahkan dari kawasan Batu 8, Kota Kemuning yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat.

"Dengan bantuan Majlis Persatuan Penduduk (MPP) Zon 12, Tan Ah Kow, kita berjaya mendapatkan tapak sekolah baru. Ia bukan mudah kerana halangan yang kita hadapi sebelum ini.

"Tapi atas bantuan Persatuan Penduduk Kota Kemuning, kita berjaya mendapatkan tapak baru itu.

"Walaupun cuma sebuah sekolah, ia melibatkan 1,000 pelajar sekolah Cina yang dapat menikmati fasiliti dan kemudahan sekolah yang lebih luas dan selesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat dan Dialog ADN dan Ahli Majlis bersama Penduduk Kota Kemuning, di Dewan Liparis Kota Kemuning, 24 Mac lalu.

Terdahulu, RM6 juta diperuntukan Kerajaan Negeri bagi pembaikan fasiliti dan pembangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pengumuman itu dibuat Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pada pembentangan Belanjawn 2018 di Dewan Negeri Selangor, November lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619