SUKANKINI

Kemaraan Chong Wei disekat Lin Dan

17 Mac 2018, 1:26 AM
Kemaraan Chong Wei disekat Lin Dan

OLEH HAFIZAN TAIB

BIRMINGHAM, 17 MAC: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, gagal ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England apabila tewas kepada musuh tradisinya dari China, Lin Dan, 16 -21 dan 17 - 21.

Dalam perlawanan suku akhir selama 51 minit itu, Chong Wei selaku pilihan kedua tidak berupaya menyaingi cabaran dihadirkan juara lima kali kejohanan itu.

Kegagalan meneruskan kemaraan meranapkan impian Chong Wei bagi mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu dan memburu kejuaraan kelima.

Turut menempuh nasib sama, beregu lelaki negara, Goh V Shem - Tan Wee Kiong yang dikalahkan pasangan Denmark, Mathias Boe - Carsten Mogensen, 20 -22 dan 11 - 21.

Pasangan negara menyaksikan harapan mereka untuk ke separuh akhir dihalang pilihan kedua itu dalam tempoh 43 minit.

Keptutusan dalam dua perlawanan itu menandakan cabaran negara pada kejohanan kali ini sudah berakhir.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619