All England: Khai Xing-Aaron singkir beregu nombor empat dunia

4 Mac 2026, 3:03 PM
All England: Khai Xing-Aaron singkir beregu nombor empat dunia

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai mencipta sensasi tersendiri dengan menyingkirkan pasangan di ranking keempat dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada pusingan pertama saingan All England 2026, hari ini.

Khai Xing-Aaron yang kini menghuni ranking ke-33 dunia menampilkan prestasi positif untuk mencatat kemenangan straight set 23-21 21-12 pada aksi yang berlangsung selama 42 minit di Utilita Arena Birmingham.

Set pembukaan berlangsung sengit apabila kedua-dua beregu saling berbalas mata sebelum ketenangan pasangan Malaysia pada detik genting membolehkan mereka menguasai set pertama.

Juara remaja dunia 2024 itu yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan berprestij berkenaan seterusnya memperkemas corak permainan pada set kedua untuk menamatkan cabaran Satwiksairaj-Chirag dengan kemenangan selesa 21-12.

Menanti Khai Xing-Aaron di pusingan kedua sama ada pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi atau Zhi Wei He-Huang Jui Hsuan dari Taiwan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619