SELANGOR

673 penduduk Kuala Selangor terima manfaat IPR

13 Mac 2018, 3:51 AM
673 penduduk Kuala Selangor terima manfaat IPR

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA SELANGOR, 13 MAC: Seramai 673 penduduk sekitar Kuala Selangor menerima bantuan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) melibatkan peruntukan keseluruhan bernilai RM1.6 juta sempena Karnival Inisiatif Peduli Rakyat, di sini.

Perangsang Selangor dalam kenyataan berkata, ia merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor), Yayasan Hijrah Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).

Katanya, Kerajaan Negeri menerusi #SmartSelangor memperkenalkan program itu bagi memenuhi agenda 'Hasil Negeri Untuk Rakyat' bertujuan memastikan kejayaan negeri turut dikongsi bersama rakyat.

"Sejumlah RM1.9 bilion hasil kekayaan negeri diagihkan kepada 5.9 juta rakyat Selangor menerusi kejayaan IPR, yang mana kira-kira 1.3 juta purata pengguna menerima manfaat air percuma setiap tahun.

"Di samping itu, bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas bernilai RM200 setiap bulan diberi kepada kaum ibu berpendapatan rendah yang dikenali Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, karnival berkenaan merupakan siri keempat jelajah Selangor selepas ia dilancarkan di daerah Petaling pada Mei 2017, siri kedua di Gombak pada Ogos 2017 dan siri ketiga di Hulu selangor pada November lalu.

Karnival berkenaan menyaksikan kebanjiran lebih 2,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk kenduri rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter dan pameran bantuan IPR serta sukan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619