GLOBAL

27 maut, pesawat Bangladesh terhempas di Nepal

12 Mac 2018, 11:58 AM
27 maut, pesawat Bangladesh terhempas di Nepal

KATHMANDU 12 MAC: Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban apabila sebuah pesawat penumpang Bangladesh terhempas di sini hari ini, kata pihak berkuasa.

Jurucakap tentera, Gokul Bhandaree berkata, peluang untuk menyelamatkan mangsa bagaimanapun agak tipis kerana pesawat terbakar.

"Peluang untuk menyelamatkan sesiapa yang masih hidup agak tipis kerana pesawat teruk terbakar," kata Bhandaree yang mengesahkan angka kematian.

Terdahulu, seorang pegawai lain berkata, 20 mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital.

Seramai 67 penumpang dan empat kru menaiki pesawat US-Bangla Airlines dari Dhaka sebelum terhempas ke padang bola sepak berhampiran lapangan terbang.

Asap hitam tebal dapat dilihat berkepul-kepul dari padang terbabit sehingga ke timur landasan di lapangan terbang antarabangsa tunggal Nepal di sini.

"Polis dan tentera cuba memotong bahagian pesawat untuk menyelamatkan mangsa lain," kata jurucakap lapangan terbang, Prem Nath Thakur.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619