BERITA UTAMA

Amirudin: Jadi landasan lahir bakat baharu, liga futsal

11 Mac 2018, 11:40 PM
Amirudin: Jadi landasan lahir bakat baharu, liga futsal

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Kejohanan Kelayakan Liga Futsal Smart Selangor 2018 diharap menjadi landasan bagi melahirkan pasukan dan bakat baharu seterusnya liga futsal di Selangor.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata perkembangan dan sambutan baik diterima, menjadikan sasaran mewujudkan liga futsal bersistematik tampak realistik.

"Dengan penyertaan sangat baik, saya percaya kita dapat mengambil 60 hingga 70 peratus daripada pasukan semi pro dan amatur dari Lembah Klang terutamanya juga di Malaysia secara keseluruhannya untuk terbabit dalam liga diadakan kelak.

"Saya percaya kita yang pertama berjaya menganjurkan liga bersistematik ini dan berharap ia mampu menjadi penyokong serta pelengkap kepada liga kebangsaan," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Kelayakan Liga Futsal Smart Selangor 2018 di sini, semalam.

Berhubung kejohanan itu, beliau berkata, ia adalah siri keempat daripada beberapa siri dianjurkan sebelum ini dan dari situ, akan dipilih 16 pasukan terbaik untuk diserapkan dalam liga futsal akan diadakan kelak.

Melalui penganjuran pertama kejohanan kelayakan itu, katanya, diharap mendapat penyertaan baik seterusnya mampu menghasil pemain juga pasukan baru boleh bersaing dengan pasukan sedia ada.

"Setakat ini kita berjaya mengumpulkan kira-kira 200 pasukan kerana kejohanan kali ini disertai 80 pasukan dan sebelumnya lebih kurang 100 pasukan.

"Yang penting kita mahu melihat bakat baru dan lebih menarik kejohanan ini kita anjurkan dua kategori iaitu Bawah 17 Tahun dan Terbuka.

"Dengan adanya Bawah 17 Tahun ini, saya berharap ada kesinambungan untuk pembangunan sukan futsal di Selangor," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619