BERITA UTAMA

Skim Peduli Sihat untuk rakyat Malaysia

10 Mac 2018, 3:45 AM
Skim Peduli Sihat untuk rakyat Malaysia
Skim Peduli Sihat untuk rakyat Malaysia
Skim Peduli Sihat untuk rakyat Malaysia

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 MAC : Pelaksanaannya tidak lagi hanya di Selangor, sebaliknya keberkesanan Skim Peduli Sihat akan diperluas kepada masyarakat seluruh negara jika Pakatan meneraju pentadbiran Putrajaya.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu membuktikan pelaksanaan Skim Peduli Sihat Selangor wajar dan mampu memberi manfaat kesihatan berterusan kepada semua rakyat.

"Ini memang pendirian Pakatan, walaupun belum menang di Putrajaya tetapi Selangor dan Pulau Pinang telah lebih awal melaksanakannya.

"Tumpuannya, pelaksanaan skim ini sangat bermanfaat dan dapat membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Justeru, ini wajar diteruskan di peringkat Putrajaya," katanya kepada SelangorKini pada Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan, baru-baru ini.

Terdahulu, Pakatan menetapkan teras manifesto gabungan itu dengan mensasarkan pelaksanaan Skim Peduli Sihat untuk warga Malaysia.

Untuk rekod, Skim Peduli Sihat mula diperkenalkan di Selangor menerusi tawaran pembiayaan kos rawatan asas kepada 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Inisiatif itu turut menawarkan rawatan kesihatan asas secara percuma di 1,000 buah klinik swasta Selangor dan Lembah Klang yang berdaftar di bawah skim berkenaan.

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM125 juta bantuan kewangan bagi memastikan golongan sasar menerima manfaat jangka panjang skim itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619