SELANGOR

Iklan Public Service Anouncemant inisiatif kurang diskriminasi gender

9 Mac 2018, 7:09 AM
Iklan Public Service Anouncemant inisiatif kurang diskriminasi gender
Iklan Public Service Anouncemant inisiatif kurang diskriminasi gender

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MAC: Buat julung kali Institut Wanita Berdaya melancarkan iklan Public Service Anouncemant (PSA) yang bertemakan pembasmian Stereotaip gender pertama, di Malaysia.

Pengerusi IWB, Zuraida Kamaruddin berkata, IWB mensasarkan diskriminasi gender terhadap kaum wanita dapat dikurangkan dimana perlakuan yang tidak adil terhadap wanita dapat dibela melalui iklan itu.

"Masyarakat kita mempunyai satu stereotaip yang sering mengatakan wanita tidak boleh melakukan sesetengah perkara dilakukan lelaki.

"Sedangkan, wanita juga boleh melaksanakan daripada semua aspek bidang. Jika dilihat, kini wanita juga dipilih menjadi pemimpin politik dan pengurusan peringkat atas sama ada dalam agensi kerajaan juga swasta.

"Jadi, tidak ada perbezaan antara wanita dan lelaki kecuali hanya tiga perkara yang wanita boleh buat tetapi lelaki tak boleh iaitu mengandung, melahirn dan menyusukan anak," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang kepada SelangorKini ketika pelancaran iklan itu dalam majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2018, di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Zuraida berkata, wanita Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam aspek pembangunan kerjaya, pembabitan dalam ekonomi, pendidikan serta keterlibatan dalam kepimpinan.

"Melalui PSA, kita ingin mengatakan bahawa adalah penting norma tanggungjawab taradisi wanita di Malaysia berkembang mengikut arus semasa.

"Tugas seperti hal ehwal rumah tangga tidak lagi terletak di bahu wanita sahaja kerana jika dibiar akan menyekat perkembangan mereka dalam kehidupan.

"Wanita dan lelaki harus bekerjasama tidak kira dalam rumah tangga, antara komuniti atau organisasi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619