SELANGOR

IWB: #pressforprogress desak kemajuan wanita

9 Mac 2018, 6:55 AM
IWB: #pressforprogress desak kemajuan wanita
IWB: #pressforprogress desak kemajuan wanita

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MAC: Institut Wanita Berdaya (IWB) mengadakan Sambutan Hari Wanita Sedunia 2018 bertemakan #pressforprogress selari dengan sambutan hari wanita seluruh dunia.

Pengerusi IWB, Zuraida Kamaruddin berkata, mesej #pressforprogress bermaksud mendesak kemajuan untuk kaum wanita supaya tidak terus dipinggir dalam sektor pembangunan negara.

"Cabaran masa kini, wanita seluruh dunia berhadapan dengan masalah kesetaraan gender yang tidak seimbang daripada sudut ekonomi, pendidikan, kesihatan dan politik.

"Antaranya, tanggungjawan menjaga keluarga bukan hanya tertakluk kepada wanita, malahan kaum lelaki juga memainkan peranan besar sama seperti isu menjaga ibu bapa yang uzur seolah-olah terdapat satu stigma bahawa tugas itu tanggungjawab anak perempuan," katanya dalam majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2018, di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, tema itu juga amat sesuai dengan keadaan sekarang kerana masih terdapat masyarakat menidakkan keupayaan wanita dalam konteks pemberdayaan dan inklusiviti.

"Sebab itu, Kerajaan Negeri memberi peruntukan besar untuk IWB supaya kita dapat lihat perubahan positif untuk generasi akan datang bukan hanya melihat tugas hakiki wanita terangkum, di rumah sahaja.

"Dengan kejayaan IWB, kita berharap wanita akan dapat memberikan aspirasi kepada seluruh masyarakat dalam keterlibatannya dalam pembangunan negara," katanya.

Daroyah juga menggesa syarikat swasta, GLC negeri,PBT, organisasi wanita dan individu turut sama melaksanakan dasar serta polisi lebih mesra wanita bagi mengubah persepsi juga memberikan kehidupan lebih seimbang antara kerjaya selain keluarga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619