GLOBAL

AS sahkan Korea Utara bunuh Kim Chol guna agen VX

7 Mac 2018, 2:19 AM
AS sahkan Korea Utara bunuh Kim Chol guna agen VX

GLOBAL 7 MAC: Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menyimpulkan hari ini bahawa Korea Utara mengarahkan pembunuhan abang yang juga pesaing kepada pemerintah Kim Jong-Un dengan racun agen VX yang dilarang.

"Perlakuan umum ini adalah penghinaan terhadap norma universal yang menentang penggunaan senjata kimia.

"Ia terus menunjukkan sifat Korea Utara yang melulu dan kita tidak mampu untuk bertoleransi dengan program nuklear mereka dalam apa bentuk sekalipun," kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert, lapoer Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Penemuan itu mencetuskan satu lagi sekatan ekonomi AS terhadap Pyongyang, ketika rejim itu bersedia untuk mengadakan perbincangan menamatkan kebuntuan nuklear dengan Korea Selatan.

Namun menghidupkan semula kontroversi sepanjang pembunuhan Kim Jong-Nam atau Kim chol tahun lalu, yang disembur dengan agen kimia di muka oleh dua wanita ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), boleh mengganggu percubaan untuk memulakan perbincangan.

Kim chol pernah dilihat sebagai bakal pewaris bapa mereka Kim Jong-Il, selain beberapa laporan yang mencadangkan bahawa China mungkin akan mempersiapkan dirinya untuk menggantikan adiknya sekiranya berlaku krisis.

Nauert berkata, penyiasat AS yang beroperasi di bawah Akta Kawalan Senjata Kimia dan Biologi 1991 dan Akta Penghapusan Peperangan 1991 mendapati bahawa pada 22 Februari Korea Utara harus dipersalahkan atas pembunuhan itu dan racun agen VX digunakan.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619