NASIONAL

Anwar Masuk CCU HKL, keadaan stabil

5 Mac 2018, 3:46 AM
Anwar Masuk CCU HKL, keadaan stabil

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur pada jam 1 pagi tadi.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Anwar dimasukkan setelah didapati mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanan beliau.

"Suntikan steroid tersebut telah diberi Sabtu lalu setelah Anwar mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahaan beberapa bulan lalu.

"Kadar denyutan janting beliau rendah dan membimbangkan. Walau bagaimanapun, KEADILAN difahamkan keadaan beliau kini stabil," katanya dalam kenyataan.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619