SUKANKINI

Davide Astori meinggal dunia, semua perlawanan Serie A ditangguh

5 Mac 2018, 1:42 AM
Davide Astori meinggal dunia, semua perlawanan Serie A ditangguh

OLEH AFIX REDZUAN

ITALY, 5 MAC: Semua perlawanan Serie A yang dijadualkan pada 4 Mac dibatalkan susulan kematian mengejut kapten Fiorentina, Davide Astori, 31, semalam.

Beliau ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan sepasukan di hotel penginapan menjelang pertemuan dengan Udinese.

Pemain pertahanan itu mempunyai 14 kaps penampilan bersama Itali memulakan karier bola sepak bersama Ac Milan walaupun tidak pernah beraksi sebelum dijual ke Cagliari.

"Fiorentina terkejut dan terpaksa mengumumkan bahawa, kapten kami, Davide Astori telah meninggal dunia. Dalam keadan sukar ini diminta semua pihak menghormati keluarga dan menjaga sensitiviti media," katanya dalam kenyataan.

Selain pertembungan Udinese dan Fiorentina, enam perlawanan lain turut dijadualkan berlangsung semalam termasuk 'Milan Derby" antara AC Milan dan Inter Milan.

Foto Kredit: Daily Mirror

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619