GLOBAL

Serie A: Ronaldo pastikan Juventus kukuh di persada liga

28 Jan 2019, 2:03 AM
Serie A: Ronaldo pastikan Juventus kukuh di persada liga

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 28 JAN: Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi penyelamat Juventus bagi memastikan kedudukan pasukan utuh di persada liga dengan kemenangan tipis 2 - 1 kepada Lazio awal pagi tadi.

Jaringan minit akhir permainan itu memastikan Juventus terus melebarkan kedudukan di persada liga dengan kelebihan 11 mata di hadapan pencabar terdekat, SS Napoli yang sekadar seri tanpa jaringan bertemu AC Milan.

Lazio terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-59 menerusi jaringan sendiri Emre Can selepas beliau tertampan bola sepakan sudut pasukan tuan rumah.

Joao Cancelo menyamakan kedudukan 1-1 buat Juventus pada minit ke-74 selepas mudah melorongkan bola ke gawang Lazio susulan kegagalan penjaga gol, Thomas Strakosha menampan keluar percubaan awal Paulo Dybala.

Masuk minit ke-88, Ronaldo dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan Strakosha bagi jaringan kemenangan Juventus di gelanggang lawan.

 

Kredit Foto: Facebook Juventus

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619