BERITA UTAMA

Jangan gentar hadapi Revolusi 4.0 Selangor

2 Mac 2018, 8:39 AM
Jangan gentar hadapi Revolusi 4.0 Selangor
Jangan gentar hadapi Revolusi 4.0 Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 2 MAC: Masyarakat khususnya golongan muda perlu bersedia menghadapi Revolusi 4.0 untuk lebih berdaya saing memajukan ekonomi negara ini, kata Pensyarah Universiti Putra Malaysia, Profesor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman.

Beliau berkata, kemajuan teknologi masa kini menuntut golongan muda untuk lebih peka berdepan cabaran dan peluang penerokaan teknologi baru dalam dunia pekerjaan akan datang. '

Katanya, golongan itu juga perlu menjadi individu terbuka, profesional, berdaya saing, konsisten dan mempunyai nilai pemikiran positif.

"Namun, keutamaan yang tidak boleh diketepikan adalah 'nilai kemanusiaan' dengan menanamkan semangat untuk bergerak lebih maju.

"Justeru, anggota masyarakat termasuk golongan muda perlu memainkan peranan dan bersedia mengharungi cabaran itu.

"Jika anda memilih untuk kekal pada kedudukan sedia ada, anda akan ketinggalan jauh ketika penggunaan Internet Of Things akan mendahului kehidupan anda," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas hadir berucap sebagai panel Program Seminar HR anjuran Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di UMW Toyota Training Centre, Seksyen 15, pagi ini.

Terdahulu, di peringkat Kerajaan Selangor, pelan transformasi menuju ke arah negeri 'regional smart state' meliputi aspek perkhidmatan, pembuatan dan pelaburan asing.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penumpuan terhadap sektor berkenaan dijadikan penanda aras untuk terus memacu kepada perkembangan revolusi berkenaan.

"Gagasan 'regional smart state' menuntut kita secara kolektif untuk berani merubah pemikiran, pendekatan dan budaya kerja mencapai matlamat itu.

"Maka, kita perlu melakukan anjakan paradigma supaya Selangor dapat melakukan 'quantum leap' menuju ekonomi berasaskan ilmu dan maklumat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619