KENYATAAN MEDIA

SYABAS janji tangani aduan bil tinggi

28 Feb 2018, 9:29 AM
SYABAS janji tangani aduan bil tinggi

Semenjak seminggu lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), telah merekodkan peningkatan bilangan aduan bil tinggi daripada pelanggan berbanding bulan sebelumnya.

Kami memandang serius perkara ini dan ingin memaklumkan pelanggan yang mempunyai keraguan mengenai bil air yang diterima untuk menghubungi Pusat Perhubungan kami di talian 15300.

Aduan juga boleh dipanjangkan menerusi e-mel wecare@airselangor.com dengan menyertakan nama penuh, nombor akaun dan nombor perhubungan atau salinan bil yang diterima atau hantar gambar bil air menerusi aplikasi WhatsApp 019-2816793 / 019- 2800919.

Sementara menunggu siasatan dan pengesahan status bil diadukan, pelanggan boleh menangguh pembayaran bil air bagi Januari dan Februari 2018.

SYABAS memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bekalan air tidak akan dipotong kerana aktiviti pemotongan bekalan telah ditangguhkan hingga akhir bulan Mac 2018.

SYABAS mohon maaf atas sebarang kesulitan dihadapi pelanggan dan akan mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan segala aduan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619