GLOBAL

Kebanjiran pelarian Rohingya ke Bangladesh terus meningkat

26 Feb 2018, 3:52 AM
Kebanjiran pelarian Rohingya ke Bangladesh terus meningkat
Kebanjiran pelarian Rohingya ke Bangladesh terus meningkat

OLEH NORHAYATI UMOR

TEKNAF, 26 FEB: Ratusan penduduk Rohingya dilaporkan masih merentasi sempadan Myanmar ke Bangladesh setiap minggu selepas gelombang keganasan baharu di negeri Rakhine yang mencetuskan krisis pelarian terbesar, pada tahun lalu.

AFP melaporkan, pelarian etnik itu semakin meningkat dalam tempoh enam bulan selepas kemelut itu.

Salah seorang pelarian yang dikenali sebagai Nur Muhammad berkata, keadaan menjadi lebih buruk apabila pasukan keselamatan bertindak menculik pemuda, di kampungnya.

"Kami memilih untuk terus tinggal kerana berharap situasi itu akan pulih.

"Tetapi, keadaan menjadi semakin buruk sejak kebelakangan ini, malahan pasukan keselamatan turut menculik pemuda, di kampung kami," katanya.

Sementara itu, kumpulan pemerhati hak asasi manusia (HRW) berkata, kebanjiran pelarian masih berterusan apabila lebih 2,500 memasuki kem sesak di Cox's Bazar sejak awal bulan lalu walaupun Dhaka dan Yangon kini sedang berbincang berhubung proses penghantaran pulang etnik terbabit.

Pada akhir Februari lalu, Bangladesh sudah menghantar senarai mengandungi 8,000 nama untuk pengesahan Myanmar selepas kedua-dua negara itu memeterai perjanjian untuk menghantar pulang kira-kira 750,000 pelarian Rohingya dalam tempoh dua tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619