BERITA UTAMA

Ruzana pertahan kejuaraan kategori qariah tilawah Al-Quran

24 Feb 2018, 1:29 AM
Ruzana pertahan kejuaraan kategori qariah tilawah Al-Quran
Ruzana pertahan kejuaraan kategori qariah tilawah Al-Quran

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 24 FEB: Johan menunggu, Nor Ruzana Natiah Jaafar mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lalu apabila diumumkan sebagai pemenang bahagian qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1439H/2018M malam tadi.

Pertandingan itu diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya pada majlis yang ditutup secara rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wakil Hulu Langat yang pernah meraih naib juara peringkat kebangsaan tahun lalu itu diumumkan sebagai pemenang selepas mengumpul markah sebanyak 92.5 peratus.

Bagi kategori qari pula, wakil Gombak, Abdul Khair Jalil pula dinobatkan sebagai juara apabila memperolehi 88.5 peratus.

Manakala bagi kategori menghafaz Al-Quran tahap tiga, 1 hingga 30 juzuk lelaki, Mohd Amir Khairul Anuar daripada Hulu Selangor diumumkan sebagai juara apabila memperolehi 98.58 peratus.

Bagi kategori sama, wakil Kuala Langat, Siti Hajar Nabilah Mohd Darha menjuarai bahagian perempuan dengan markah sebanyak 95.53 markah.

Pemenang bagi empat kategori terbabit membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej umrah, sijil penyertaan dan piala iringan.

Turut menjuarai kategori masing-masing, Luqman Fahim Ismail bagi tahap 1 lelaki (kategori 1 hingga 10 juzuk) dan pemenang bahagian perempuan, Azzah Abd Rahim.

Bagi tahap dua kategori 1 hingga 20 juzuk lelaki pula disandang oleh Hafiy Muhammad Radhi dan Aisyah Irdina Zulkifli bagi bahagian perempuan.

Juara kategori satu dan dua membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM3,000 dan RM4,000, sijil penyertaan dan piala iringan.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Sharafuddin, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619