NASIONAL

Bengkel pengurusan stadium bagi kelancaran Liga M

23 Feb 2018, 6:34 AM
Bengkel pengurusan stadium bagi kelancaran Liga M
Bengkel pengurusan stadium bagi kelancaran Liga M

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 FEB: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganjurkan bengkel berkaitan aspek pengurusan stadium dan padang bagi kelancaran Liga Malaysia 2018.

Bengkel Pendidikan Pelesenan Kelab FAM 2018 - 'Stadium Bola Sepak Era Moden' dihadiri wakil stadium dan pegawai pelesenan kelab daripada pasukan Liga Super serta Perdana yang diadakan Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

FAM memaklumkan, ia dikendalikan wakil Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC) iaitu Ketua Sokongan Pertandingan, Brian See; Pengurus Pertandingan Kelab, Lorenzo Fofi dan Pengurus Keselamatan Stadium, Shahin Rahmani serta Ketua Unit Keselamatan FAM, Isman Bakar, yang memberi taklimat kepada peserta bengkel.

"Bengkel ini merangkumi semua aspek berkaitan stadium bola sepak era moden seperti pengurusan padang, peraturan stadium untuk pertandingan peringkat kebangsaan dan AFC, sistem lampu limpah, penyelenggaraan stadium juga tahap keselamatan bangunan stadium.

"Ia adalah salah satu daripada lima siri bengkel dijalankan tahun ini sebagai sebahagian daripada program pendidikan anjuran Unit Pelesenan Kelab FAM untuk kriteria ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab 2018," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619