BERITA UTAMA

Peneroka tanah Ijok dapat pampasan RM180,000 dan rumah RM400,000

16 Feb 2018, 3:03 AM
Peneroka tanah Ijok dapat pampasan RM180,000 dan rumah RM400,000
Peneroka tanah Ijok dapat pampasan RM180,000 dan rumah RM400,000

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Nasib peneroka tanah di mukim Ijok terus dibela apabila Kerajaan Negeri memberi pampasan RM180,000 dan rumah bernilai sekurang-kurangnya RM400,000.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong berkata, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, amat mementingkan pembelaan peneroka tanah, di kawasan itu.

"Masalah berkenaan sebenarnya timbul ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu peneroka menunggu selama 18 tahun untuk memperoleh keadilan.

"Walaupun tanah itu diberi kebenaran untuk dirampas dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun Kerajaan Negeri perlu membayar pampasan sehingga ratusan juta ringgit kepada dua syarikat

"Masalah itu yang diwarisi Azmin kini berjaya diselesaikan apabila beliau menjual tanah berkenaan kepada pemaju berwibawa sebanyak RM1.18 bilion dan membolehkan peneroka memperoleh pampasan dan rumah kediaman," katanya dalam kenyataan.

Shao Loong berkata, tindakan segera Azmin menyelesaikannya adalah prinsip keadilan sosial dan peduli rakyat Kerajaan Negeri.

"Berbeza dengan BN yang ‘menghadiahkan’ tanah seluas 3,200 ekar di Ijok dengan harga murah kepada syarikat kroni serta mengabai nasib peneroka.

"Tindakan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mempersoalkan langkah Kerajaan Negeri jelas menunjukkan pemimpin BN itu dangkal, tidak faham fakta dan tidak memahami latar kes mahkamah berhubung isu tanah, di Ijok," katanya.

Beliau berkata, kenyataan Abdul Rahman juga jelas menunjukkan UMNO dan BN panik kerana Mohamed Azmin berjaya menyelesaikan masalah peneroka tanah terbabit hanya dalam tempoh empat tahun, berbanding pengurusan FELDA oleh BN yang semakin tenggelam dengan penyelewengan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619