PBT

Pertandingan memasak Ponggal antara sekolah meriah

15 Feb 2018, 3:45 AM
Pertandingan memasak Ponggal antara sekolah meriah
Pertandingan memasak Ponggal antara sekolah meriah
Pertandingan memasak Ponggal antara sekolah meriah

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 15 FEB: Sebanyak 24 sekolah menyertai Pertandingan Memasak Ponggal Antara Sekolah daerah Gombak dan Hulu Langat anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi memupuk perpaduan kaum.

Setiausahanya, Hasrolnizam Shaari berkata, pertandingan itu antara komited MPAJ mewujudkan masyarakat Ampang Jaya yang harmoni dan mengamalkan pelbagai budaya.

"Selain mendedahkan pengalaman dan memperkenalkan adat resam masyarakat India berkenaan perayaan Ponggal, program tahunan itu juga bertujuan memupuk semangat menghargai, menghormati adat serta kebudayaan masyarakat lain.

"Penyertaan juga meningkat berbanding tahun lalu dengan hanya 10 sekolah bertanding," katanya dalam kenyataan.

Pertandingan itu menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Ampang dipilih sebagai juara, sementara naib johan dan tempat ketiga dimenangi SMK Dato Ahmad Razali juga SMK Taman Kosas.

Manakala bagi ketegori sekolah rendah dijuarai Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Muda, naib johan dimenangi SK Ampang dan tempat ketiga SK Pandan Indah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619