PBT

Dapat reaksi positif, KDEBWM perluas perkhidmatan ke PBT lain

12 Feb 2018, 4:22 AM
Dapat reaksi positif, KDEBWM perluas perkhidmatan ke PBT lain

OLEH HAFIZAN TAIB

SEPANG, 12 FEB: Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) akan memperluaskan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal ke beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Selangor, tahun ini, selepas mendapat reaksi positif rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata pengambilalihan perkhidmatan berkaitan dibuat anak syarikat Kerajaan Negeri itu daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak Julai 2016, menunjukkan perubahan seperti disasarkan.

"Selepas pengambilalihan itu, kita mendapat maklum balas positif daripada rakyat kerana kita tahu sebelum ini memang Klang berdepan isu kebersihan dan perkara berkaitan.

"Perubahan berlaku ini turut menarik minat PBT lain di Selangor bagi mendapatkan perkhidmatan KDEBWM dan kita akan memperluaskannya bagi tujuan ini," katanya kepada SelangorKini.

Selepas MPK, KDEBWM turut mengembangkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejalnya ke Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tahun lalu.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619